CAPE CANAVERAL (Florida): Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup sebaik dilancarkan, awal pagi ini.
Roket angkasa Orbital Sciences Corp yang tanpa pemandu itu setinggi 14 tingkat bangunan itu meletup dan terbakar enam saat sebaik dilancarkan di kompleks pelancaran angkasa lepas Wallops Island, Virginia pada jam 6.22 petang waktu tempatan.
Syarikat pemiliknya berkata setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kerosakan yang berlaku hanya membabitkan kemudahan di tapak pelancaran itu.
Api besar boleh dilihat sehingga menjulang ke awan ketika matahari sedang terbenam.
Roket kargo Cygnus itu membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang tinggal di ISS.
Ia adalah perjalanan keempat membawa kapal angkasa Cygnus ke makmal orbit, perjalanan pertama setahun lalu.
NASA membiayai misi roket angkasa yang dimiliki syarikat Orbital Sciences yang berpangkalan di Virginia dan syarikat Space-X berpangkalan di California untuk memastikan stok di ISS.
Setakat ini punca kejadian masih tidak diketahui, demikian menurut pengulas misi pelancaran NASA, Dan Huot. - AP/NASA
Roket Angkasa Lepas Komersial Meletup Sebaik Dilancar Di Virginia
Reviewed by Unknown
on
October 29, 2014
Rating:
No comments: