Seo Services

Kakitangan JKR Putus Pergelangan Kaki


KUCHING: Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) hilang tapak kaki kanan dalam kemalangan ngeri di Jalan Batu Kawa di sini, semalam.

Menurut anak perempuan mangsa, bapanya yang menunggang motosikal sempat singgah di pejabatnya di Hui Sing selepas waktu pejabat untuk membincangkan beberapa hal sebelum masing-masing meneruskan perjalanan pulang ke rumah mereka di Bau.

“Ketika saya memandu di Jalan Batu Kawa, saya ternampak sebuah kereta ‘terbang’ dari laluan bertentangan dan masuk ke laluan kami dan pada masa itu, hati saya berdebar-debar dan mula memikirkan bapa saya,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Tidak lama kemudian, dia ternampak bapanya telah terbaring dan kakinya berlumuran darah.

Difahamkan, tapak kaki mangsa tersangkut di celah motosikal yang ditunggangnya.

Ambulans turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pemandu kereta Proton Saga itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius. - UB
Kakitangan JKR Putus Pergelangan Kaki Kakitangan JKR Putus Pergelangan Kaki Reviewed by Salfian Nawawi on November 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.