Seo Services

Keharmonian Sarawak-Sabah-Semenanjung, Salah Satu Topik Ucapan Najib Pada PAU14


Sarawak dan Sabah adalah umpama dua mutiara yang amat berharga untuk Malaysia dan keunikkan kedua-dua negeri ini difahami dan dihormati oleh kerajaan Malaysia.

Pengerusi UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin memaparkan kononnya kerajaan Malaysia tidak sensitif dalam isu berkaitan hal antara agama.

"Mereka bukan sahaja ingin memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan memaparkan cerita-cerita tidak benar, tapi ada diantara mereka yang menghasut secara terang-terangan agar wujud rasa tidak puas hati antara rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak kepada kerajaan persekutuan dan juga rakyat Malaysia di Semenanjung."

Najib berkata demikian dalam ucapan dasarnya ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebantar tadi.

Mengingatkan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, Najib menyatakan kita semua hendaklah sabar dan bertenang apabila mendapat berita-berita terutamanya dari media alternatif seperti blog, facebook dan portal.

"Ini kerana terlalu banyak khabar angin yang ditiupkan bersifat negatif, sedangkan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dalam membangunkan negara kita," jelasnya lagi.

"Pertelingkahan antara sesama rakyat yang berlainan agama ataupun bangsa perlu diselesaikan dengan cara lembut dan berdiplomasi."

Beliau juga menegaskan agar jangan terlalu teruja dalam menjawab sesuatu isu sehingga hilang budi pekerti kita kepada saudara senegara kita sendiri.

"Hubungan baik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sememangnya telah wujud sekian lamanya," katanya lagi.

Beliau menambah, namun begitu, terdapat beberapa insiden yang berlaku di Semenanjung Malaysia yang cuba dikaitkan dengan Sarawak agar perasaan benci terhadap kerajaan pemerintah diwujudkan agar orang-orang Sarawak menolak pemerintahan yang sedia ada.

"Bermula dengan hal-hal antara agama yang berlaku di Selangor, ia disensasikan oleh para politikus pembangkang untuk menjatuhkan kesalahan kepada kerajaan Malaysia."

"Walhal apa yang berlaku adalah hal dalaman negeri di Semenanjung dan tidak langsung boleh dikaitakn dengan keadaan di Sarawak," jelas Najib.

Beliau memberi satu contoh iaitu mengenai isu kalimah Allah yang sibuk diperkatakan hingga sekarang di mana ianya hanya tertakluk di negeri Selangor kerana wujudnya larangan tertentu di dalam negeri Selangor berkenaan penggunaan terma-terma keagamaan tertentu yang ekslusif kepada umat Islam.

"Perkara ini tidaklah berkaitan dengan negeri Sarawak yang mempunyai struktur sosial yang terlalu berbeza dengan negeri Selangor atau mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia," tegasnya lagi. - Sarawakiana
Keharmonian Sarawak-Sabah-Semenanjung, Salah Satu Topik Ucapan Najib Pada PAU14 Keharmonian Sarawak-Sabah-Semenanjung, Salah Satu Topik Ucapan Najib Pada PAU14 Reviewed by Salfian Nawawi on November 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.