Seo Services

Keputusan UPSR 2014 Sarawak


KUCHING: Seramai 1,862 orang murid yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sarawak berjaya mencapai keputusan Cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki mereka tahun ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Hajah Serina Sauni berkata jumlah ini menurun sedikit iaitu sebanyak 0.08 peratus berbanding dengan 1,916 orang murid pada tahun lepas.

"Seramai 1,362 orang calon yang cemerlang ini merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan, sementara 500 orang murid merupakan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina."

Serina berkata demikian pada majlis pengumumam keputusan UPSR 2014 Neheri Sarawak yang diadakan di Auditriom Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sebentar tadi.

"Sebanyak 116 buah sekolah telah mencatat pencapaian 100 peratus kelulusan tahun ini berbanding 84 buah tahun lepas," katanya sambil menambah, SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan Kuching mencatat bilangan calon paling ramai di peringkat A dalam semua mata pelajaran yang diambil, iaitu seramai 50 orang murid.

Berikut adalah senarai sekolah di Sarawak yang mempunyai bilangan calon tertinggi di peringkat cemerlang "A" dalam semua mata pelajaran:


Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Hajah Fatimah Abdullah yang turut hadir dalam majlis tersebut dalam kenyataan medianya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Serina serta semua warga pendidikan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah rendah diseluruh negeri Sarawak di atas pencapai UPSR 2014.

"Secara keselurannya, prestasi pencapaian UPSR 2014 yang cemerlang iaitu gred purata Negeri sebanyak 2.52 sama seperti tahun 2013 yang lalu dan ini bermakna, ia merupakan pencapaian UPSR yang terbaik dalam tempoh 11 tahun sejak tahun 2003.

Untuk makluman, Gred Purata Kebangsaan (GPK) telah meningkat sebanyak 0.02 iaitu dari 2.27 pada tahun lalu kepada 2.29 pada tahun 2014.

Selain daripada itu sepertimana yang telah diumumkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak sebentar tadi, peratusan calon yang memperoleh penguasaan minimum ‘C’ dalam semua mata pelajaran bagi negeri Sarawak telah meningkat dengan signifikan sebanyak 2.22 peratus, iaitu dari 56.83 peratus pada tahun 2013 kepada 59.05 peratus pada tahun 2014.

Yang paling mengembirakan ialah bilangan sekolah yang mencatat 100 peratus lulus dalam semua mata pelajaran bagi negeri Sarawak meningkat dengan ketara sebanyak 32 buah sekolah iaitu daripada 84 buah sekolah pada tahun lalu kepada 116 buah sekolah pada tahun 2014 ini.

Ini adalah suatu petanda yang amat baik selari dengan tema Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak iaitu “Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak” dan “Battle-Cry”- FLY KENYALANG, FLY FLY HIGH.

Pencapaian cemerlang UPSR tahun 2014 ini adalah jelas menunjukkan bahawa program- program peningkatan akedemik di Peringkat Negeri, Peringkat Daerah dan Peringkat Sekolah telah membawa hasil dan menunjukkan keberkesanan program-program yang dirancang dan dilaksanakan, terutama sekali Program Transformasi Daerah (District Transformation Program), Program Audit DTP, Program”Managing Challenging Schools”, Program Turun Padang dan Program Penentapan Sasaran /KPI di Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri , di setiap daerah dan setiap sekolah.

Fatimah juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru yang telah bertungkus lumus melaksanakan pembelajaran dan pengajaransecara efektif, sentiasa memberi bimbingan kepada murid-murid tanpa mengenal penat lelah dimana jua.

"Tidak dilupakan juga ucapan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah bersama anak masing-masing sepanjang masa, sentiasa mengambil berat pembelajaran anak di rumah, memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada Usaha program guru," katanya lagi. - Sarawakiana
Keputusan UPSR 2014 Sarawak Keputusan UPSR 2014 Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on November 26, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.