Seo Services

Saya tiada hubungan dengan CMS sepanjang hidup saya - Taib Mahmud


KUCHING : Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) tidak pernah mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk menjadi entiti perniagaan yang berjaya, kata Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud malam tadi.

Beliau berkata semasa menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan CMS sepanjang kehidupannya sehingga sekarang dan berpuas hati pengurusan syarikat memahami sebab beliau berbuat demikian.

"...Saya tidak mahu sebarang konflik antara kepentingan peribadi saya dan tugas saya sebagai Ketua Menteri sebelum ini," kata beliau ketika berucap pada majlis jamuan meraikan ulang tahun ke-40 CMS di sini.

Taib, yang berundur daripada jawatan sebagai Ketua Menteri pada akhir Februari lepas, gembira bahawa di sebalik pendiriannya, CMS yang bermula sebagai syarikat pengeluar simen telah berkembang menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang berjaya.

"Terpulang kepada CMS untuk membuat keputusan sekarang kerana ia bertapak kukuh dan jika ia mahu mempelbagaikan aktiviti, saya berharap ia akan lakukan dalam kepelbagaian juga seperti dilakukan dalam teras perniagaan hari ini," katanya. - BERNAMA
Saya tiada hubungan dengan CMS sepanjang hidup saya - Taib Mahmud Saya tiada hubungan dengan CMS sepanjang hidup saya - Taib Mahmud Reviewed by Unknown on November 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.