PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, sebanyak 12,000 tenaga buruh dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Sarawak untuk bekerja di dalam sektor perladangan bermula tahun hadapan.
Perdana Menteri berkata, jumlah itu akan ditambah kepada 26,000 sekiranya mendapati buruh berkenaan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja baharu.
"Secara keseluruhan, sebanyak 299,000 pekerja dari Bangladesh yang didaftarkan secara sah bekerja di Malaysia dalam sektor pembinaan dan perladangan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina di Bangunan Perdana Putra di sini. - Bernama
12,000 Tenaga Buruh Bangladesh Dibawa Masuk Ke Sarawak
Reviewed by Unknown
on
December 04, 2014
Rating:

No comments: