Seo Services

Cegah kemasukan PATI ke Sabah


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu langkah pencegahan yang benar-benar berkesan diambil bagi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sabah.

Beliau yang ditemui pemberita dalam satu majlis di sini, sebentar tadi berkata isu pendatang asing perlu ditamatkan agar ia tidak terus berlarutan.

"Kita tidak mahu ada lagi pendatang asing tanpa izin. Cukuplah apa yang sudah berlaku selama ini.

"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah semua jentera kerajaan yang berkaitan perlu digerakkan untuk menghalang kemasukan golongan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing Sabah yang dibentangkan semalam.

Mengenai pelantikannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Mengenai Pendatang Asing di Sabah, Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah, berkata beliau masih menunggu surat pelantikan dan terma rujukan jawatankuasa itu. - BH
Cegah kemasukan PATI ke Sabah Cegah kemasukan PATI ke Sabah Reviewed by uMieySurianie on December 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.