Seo Services

Berhati-Hati Berkongsi Maklumat


KELANA JAYA: Jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh kali ini berhati-hati berkongsi maklumat dengan pihak media selepas strateginya berjaya dihidu pihak luar ketika aksi perlawanan menentang Singapura tempoh hari.

Menurut pengendali itu, beliau kecewa apabila pihak media Singapura melaporkan secara terperinci maklumat mengenai strategi pasukannya pada hari perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 dengan Singapura.

Beliau tidak mahu perkara sama berulang apabila membuat persiapan menentang Vietnam bagi aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam Ahad ini.

“Saya agak kecewa juga apabila akhbar Singapura melaporkan secara terperinci mengenai barisan pemain yang saya mahu turunkan hinggakan pertukaran posisi Shukor Adan ke pertahanan tengah juga mereka tahu.

“Saya memang tak mahu menyekat apa-apa maklumat cuma saya tidak mahu ia menjejaskan persiapan pasukan saja,” katanya pada sesi latihan skuad kebangsaan semalam.

Dollah kini dalam persiapan terakhir sebelum Harimau Malaya berdepan juara 2008 itu dan beliau yakin anak buahnya sudah cukup bersedia berbanding di peringkat kumpulan sebelum ini.

Malaysia mara ke separuh akhir selepas seri 0-0 dengan Myanmar, kalah 2-3 di tangan Thailand sebelum menang ke atas Singapura 3-1 di Stadium Nasional, Kallang. Agak membimbangkan apabila pasukan lawan berjaya membolosi gawang negara di penghujung babak pertama dan kedua.

“Gol awal atau gol lewat boleh berlaku dalam bola sepak, yang penting kita kena terus fokus. Di sini saya mahu pemain menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri, menjaringkan dua, tiga gol tanpa bolos sebagai bekalan ke Hanoi nanti,” katanya.

Sementara itu, Dollah masih belum mahu mendedahkan pemain bakal menggantikan Shukor dan Mohd Amri Yahyah yang digantung satu perlawanan serta pemain yang bakal memakai lilitan kapten. - HMetro
Berhati-Hati Berkongsi Maklumat Berhati-Hati Berkongsi Maklumat Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek on December 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.