Seo Services

BN Santubong Bersiap-sedia Hadapi PRN


KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kawasan Parlimen Santubong sedang rancak dalam usaha menarik lebih ramai lagi ahli baru PBB.

Ahli Parlimen Santubong Dato' Sri Dr Haji Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata jawatankuasa pergerakan PBB di tiga kawasan ADUNnya; Pantai Damai, Tanjung Datu dan Demak Laut telah berjaya menarik sebanyak lapan peratus kemasukan baru dari jumlah keseluruhan ahli dari kawasannya.

"Langkah menarik ahli baru PBB ini perlu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang yang di jangka akan berlaku dalam tempoh kurang dua tahun lagi."

Beliau menyatakan, biarpun bahang PRN masih belum lagi dirasakan namun jentera kawasan parlimennya untuk bersiap sedia dengan penambahan ahli bagi memastikan Baridan Nasional (BN) terus mempertahankan kerusi di DUN-DUN dalam Parlimen Santubong.

Junaidi, yang juga merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Lantikan Sebagai Ketua Barisan Nasioanal Kawasan Parlimen P193 Santubong kepadanya di Ibupejabat PBB di Jalan Bako, di sini sebentar tadi.

Beliau yang enggan mendedahkan jumlah keseluruhan ahli PBB dalam kawasan Parlimen Santubong sekarang berasa optimis yang sokongan padu akan diberikan kepada parti komponen BN itu berdasarkan data pembangunan dan prestasi pergerakan sayap PBB.

"Setakat ini, jumlah pengundi di kawasannya yang meliputi dun Tanjung Datu, Pantai Damai dan Demak Laut telah mencecah 37,071 orang."

Ditanya mengenai harapannya untuk sebelas lagi kerusi baru selepas persempadanan semula baru-baru ini, beliau menyatakan ia terpulang kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR) untuk membahagikan kawasan-kawasan baharu itu mengikut populasi pengundi di satu-satu kawasan.

"Segala pencaturan kerusi baharu akan telah diputuskan bersama oleh Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satam dan pihak SPR," jelasnya lagi. - Sarawakiana
BN Santubong Bersiap-sedia Hadapi PRN BN Santubong Bersiap-sedia Hadapi PRN Reviewed by Salfian Nawawi on December 07, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.