Seo Services

Cepat Betul Alvin Kecam Sultan Selangor, Siapa Arah?



Bila darjah kebesaran milik seorang pemimpin pembangkang dilucutkan oleh DYMM Sultan sebuah negeri, yang pantas menjadi topik perbahasan dikalangan macai-macainya ialah tindakan itu tidak memberi kesan kerana dia masih ada beberapa darjah kebesaran dari negeri lain yang membawa gelaran yang sama.

Penulis nak katakan, isu ini bukan setakat hilang gelaran, tapi yang lebih penting ialah hilang kepercayaan oleh seorang Raja Melayu terhadap pemimpin pembangkang berkenaan – yang digembar-gembur nak menjadi Perdana Menteri di negara kita.

Ini (hilang kepercayaan oleh Raja Melayu) boleh jadi masalah sebab Sultan berkuasa melantik Menteri Besar dan Sultan yang dipilih menjadi Yang Dipertuan Agung, berkuasa melantik Perdana Menteri – selebihnya penulis serahkan kepada pembaca untuk fikir sendiri, berdasarkan beberapa insiden membabitkan perlantikan Menteri Besar di negara kita sebelum ini.

Sekadar panduan, tidak mustahil perkara sama akan berulang kalau pemimpin pembangkang berkenaan entah macam mana dapat jadi Perdana Menteri. Persoalannya sekarang, kalau itu berlaku (perlantikannya tidak dapat perkenan), apakah yang akan terjadi kepada negara kita sebab penulis tahu pemimpin pembangkang berkenaan bukan jenis dapat terima hakikat tanpa buat hal terlebih dahulu.

Apa sekalipun, orang ini tidak selamat untuk dipertimbangkan rakyat untuk jadi Perdana Menteri.

Dia jelas tidak menghormati sistem sedia ada dan dalam masa yang sama menghasut rakyat untuk menjadi seperti dia. Bahayanya dia ni, depan kita dia cakap lain, belakang kita, dia terbukti mendahului dirinya sendiri terutama bila ada konflik kepentingan seperti dalam krisis Menteri Besar Selangor beberapa bulan lepas.

Silap-silap orang sama juga menaja pengkhianat seperti Alvin Tan dan Aii Abd Jalil untuk mencerca sistem beraja.

Buktinya bila Alvin tidak menunggu lama untuk menghina Sultan Selangor apabila mendapat tahu darjah kebesaran pemimpin pembangkang berkenaan ditarik balik. Yang penulis tahu Alvin blogger lucah dan anti Islam, sejak bila dia jadi blogger politik?

Sebab itu penulis yakin bahawa Alvin dan pemimpin politik berkenaan ada kaitan. Silap-silap, ini semua perancangan jangka panjang. Lucah-lucah dulu tu hanya untuk tarik perhatian, diakhirnya inilah matlamat sebenar kenapa orang-orang ini digunakan.-MyKMU
Cepat Betul Alvin Kecam Sultan Selangor, Siapa Arah? Cepat Betul Alvin Kecam Sultan Selangor, Siapa Arah? Reviewed by Unknown on December 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.