Hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing (PATI) di Sabah mendapati tiada sebarang penemuan yang menunjukkan terdapat pemberian kewarganegaraan yang sah dilakukan tanpa mengikut keperluan undang-undang kewarganegaraan sedia ada.
Ini diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam sidang media setelah membaca laporan RCI di Kota Kinabalu sebentar tadi.
Laporan RCI tersebut juga mendapati terdapat warga asing mendapat kad pengenalan Biru Malaysia melalui sindiket dan telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya Sabah.
Ini sekaligus menolak tanggapan atau dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan telah memberi kewarganegaraan secara besar-besaran dan sistematik kepada pendatang asing seperti dalam parti politik mengenai projek IC Mahathir.
Bagaimanapun terdapat keterangan mencukupi bahawa ada pendatang asing yang memiliki Kad Pengenalan Biru (kad pengenalan sebelum Mykad), resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak sah melalui sindiket/individu tertentu telah mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya negara ini.
RCI juga menegaskan pemilikan kad pengenalan biru atau resit pengenalan biru bukan bukti sah kewarganegaraan Malaysia melainkan mereka telah didaftarkan secara undang-undang sebagai warganegara.
Justeru RCI membuat kesimpulan terdapat warga asing telah mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya negeri sabah.
Namun ia gagal menyatakan berapa ramai pemilik kad pengenalan palsu ini telah mendaftar dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mengundi dalam pilihan raya Malaysia.
Laporan RCI juga menyatakan hanya seramai 68,703 warga asing yang mendapat status kewarganegaraan.
Ini bertentangan dengan dakwaan bahawa kerajaan telah memberi satu juta kewarganegaraan kepada pendatang asing yang dinyatakan oleh seorang saksi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Dr Chong Eng Leng (PBS) sebelum ini.
Angka RCI ini merupakan angka yang terdapat dalam pangkalan data yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara.
RCI juga mendapati tiada petunjuk yang jelas bahawa tatacara pemberian kewarganegaraan dilanggar atau diketepikan bagi membolehkan pendatang asing mendapat kewarganegaraan secara mudah.
RCI menyatakan adalah keperluan untuk membuat perbezaan di kalangan pendatang asing iaitu antara pendatang tanpa izin, pelarian dan pekerja asing.
RCI yang ditubuhkan pada tahun 2012 dengan di barisi oleh enam ahli untuk menyiasat kemasukan PATI yang ramai di Sabah. - MYKMU
Hasil Siasatan RCI Gagalkan Fitnah "Projek IC" Di Sabah
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 03, 2014
Rating:

Negara sabah atau negeri sabah?
ReplyDeletehttp://www.negara-sabah.blogspot.com