Seo Services

KJ Mohon Maaf Atas Pergaduhan Selepas Perlawanan Harimau Malaya-Vietnam



Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin memohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam selepas Harimau Malaya tumpas 2-1 kepada Vietnam malam tadi.

Di akaun rasmi Facebooknya, Khairy meluahkan, bukan kekalahan Harimau Malaya yang membuat beliau rasa kecewanya tetapi tindakan segelintir penyokong Harimau Malaya terhadap penyokong Vietnam.

"Walaupun saya masih menunggu laporan rasmi dari pihak polis dan FAM," katanya lagi sambil menambah berdasarkan maklumat diterima dan dilihatnya sendiri, para penyokong Vietnam diserang oleh segelintir fans Harimau Malaya di Stadium Shah Alam semasa perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF.

"Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia."

Khairy juga menyifatkan, mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.

"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia (Harimau Malaya) di Hanoi nanti?"

Oleh kerana penyokong-penyokong ganas ini tidak akan mohon maaf dan tiada sebarang respons daripada FAM (mungkin esok ada), saya mohon maaf kepada penyokong-penyokong Vietnam yang diserang di Stadium Shah Alam pada malam tadi, kata Khairy lagi.

Saya akan minta kerjasama polis untuk siasat kes ini dengan segera dan bertindak atas siasatan tersebut. Tindakan ganas segelintir fans Harimau Malaya ini tidak mewakili rakyat Malaysia yang sebenar, ujarnya lagi.

Khairy juga memohon maaf dalam Bahasa Inggeris, ditujukan khusus buat fans bolasepak dan rakyat negara Vietnam:

"These violent fans do not represent Malaysia. My sincere apologies on behalf of Malaysia for the actions of these small number of irresponsible thugs. We hope for a great second leg in Hanoi, competitive on the field and friendly in the stands." - Sarawakiana
KJ Mohon Maaf Atas Pergaduhan Selepas Perlawanan Harimau Malaya-Vietnam KJ Mohon Maaf Atas Pergaduhan Selepas Perlawanan Harimau Malaya-Vietnam Reviewed by Salfian Nawawi on December 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.