MANCHESTER - Seorang ibu empat anak mampu membelikan hadiah Krismas
untuk anaknya tahun ini selepas meraih pendapatan sebanyak £ 3,000 (RM16,312)
dengan menjual susu badannya. Rebecca Hudson (gambar), 26, memulakan perniagaan
itu selepas melahirkan anak bongsunya.
Ketika melahirkan anaknya itu payudaranya tidak menghasilkan banyak susu kerana
bayi itu dilahirkan pramatang.Bagaimanapun, tidak lama kemudian, susu yang
dihasilkan itu berlebihan.
Bercakap mengenai perniagaannya itu dalam rancangan televisyen This Morning
semalam, Rebecca berkata, anaknya hanya memerlukan tiga auns susu seminggu
kerana dia bayi pramatang tetapi susu yang dihasilkannya terlalu banyak.
"Kerana tidak ada permintaan terhadap penderma susu badan, saya beralih ke Internet,
menawar untuk menjual susu saya. Sambutannya sungguh menggalakkan, "kata wanita
itu. Menurutnya, dia menjual susu itu dengan harga £ 12.50 (RM68) untuk satu botol
lima auns dan mempunyai lapan pelanggan tetap dengan kebanyakan mereka
mengguna susu itu untuk memasak. -hariandotcom
Dengan Menjual Susu Badan, Wanita Ini Mendapat Pendapatan Yang Lumayan
Reviewed by uMieySurianie
on
December 08, 2014
Rating:

No comments: