SEOUL: Malaysia sentiasa komited dalam menekankan agenda kekeluargaan sebagai initipati penting dalam pelan pembangunan untuk keseimbangan di antara pembangunan negara dan kebahagiaan rakyat.
Kenyataan tersebut dizahirkan Menteri Pembangun Wanita Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Hajah Rohani Karim dalam ucapannya di Sidang ke Enam East Asia Minestrial Forum on Families di sini sebentar tadi.
Rohani menekankan bahawa kerajaan Malaysia mengiktiraf keluarga sebagai unit asas sosial yang menghasilkan sumber manusia bagi memastikan kelangsungan pembangunan manusia dan juga generasi pelapis.
Perkara dapat dilihat menerusi Dasar Keluarga Negara yang dibangunkan pada tahun 2011 bagi memasti pembangunan keluarga yang lestari .
"Kementerian telah memformulasi, membangun dan mengaplikasikan pelbagai inisiatif seperti Utamakan Keluarga 1Malaysia, Pemerkasaan Belia 1Malaysia, Program-program Sokongan, dan One-Stop Family Center."
"Ianya juga mengiktiraf peranan keluarga sebagai salah satu intipati penting dalam pembangunan negara serta memastikan keseimbangan produktiviti kerja-kualiti keluargaan yang berterusan," katanya lagi.
Rohani menjelaskan Kementeriannya, melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebagai agensi yang menitikberatkan aspek kekeluargaan telah menghasilkan Indeks Kesejahteraan Keluarga pada tahun 2011.
"Hasil kaji selidik yang telah dilaksanakan pada tahun 2011, Malaysia mendapat sebanyak 7.55 daripada 10 mata penuh."
Ini jelas menunjukkan institusi keluarga di Malaysia mempunyai kesejahteraan yang baik, namun begitu, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi indeks tersebut, katanya lagi.
Rohani juga memaklumkan, Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga akan dilaksanakan pada tahun 2015 bagi memastikan data-data kajian sentiasa dikemaskini.
Sidang ke Enam East Asia Ministerial Forum on Families yang dianjurkan oleh Kementerian Kesaksamaan Gender & Keluarga, Republik Korea dan berlangsung bermula 3 Disember sehingga 5 Disember 2014.
Forum yang bertemakan ‘Creating Family-Friendly Social Enviroment' menfokuskan kepada perkongsian polisi dan hasil kajian berkenaan pemerkasaan institusi kekeluargaan di Asia Timur disamping menyediakan platform untuk membincangkan nilai-nilai kekeluargaan daripada pelbagai perspektif.
Deklarasi Seoul yang dijangka diperoleh pada penghujung mesyuarat selama tiga hari ini, akan membantu kerajaan bagi memperakui kepentingan institusi keluarga sebagai nilai dan pendorong yang penting di Asia Timur dalam melahirkan komuniti Asia yang mampan pada masa hadapan. - Sarawakiana
Malaysia Komited Dalam Agenda Kekeluargaan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 04, 2014
Rating:

No comments: