Seo Services

Pelantikan Semula Ketua Masyarakat Bukan Berat Sebelah



KUCHING: Pelantikan semula ketua masyarakat bukan berat sebelah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tetapi disyorkan selepas penilaian dibuat untuk mendapat persetujuan Ketua Menteri.

Presiden SUPP, Senator Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, ini disebabkan maklum balas rakyat terhadap tiga calon berkenaan kerana berani bercakap dan menyampaikan tujuan kerajaan kepada rakyat.

“Mereka yang berdiri di barisan hadapan memberi khidmat kepada rakyat dan memberi maklum balas kepada kerajaan, gelaran itu bukan sekadar gelaran semata-mata.

“Sudah tentu, kita juga tidak mahu hanya mendengar berita baik, tetapi juga mahu mendengar berita kurang baik serta apa yang betul dan jahat,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Surat Lantikan Ketua Masyarakat (Penghulu) di Pejabat Residen Bahagian Kuching di sini semalam.

Mereka dilantik semula ialah Penghulu Tan Heng Kee, Penghulu Tan Tuan Yee dan Penghulu Njun In berkuat kuasa 12 Julai hingga 31 Julai 2016 untuk kawasan Pending di daerah Kuching.

Pada masa sama, beliau percaya ada mata yang melihat dan telinga mendengar tentang perkara yang dikerjakan oleh ketiga-tiga calon yang dilantik semula itu untuk rakyat.

Ketua Masyarakat juga di-kehendaki bertugas secara bergilir-gilir di Pejabat Daerah dan setiap rekod kerja dan kehadiran mereka dicatat.

Semua lantikan bekerja di bawah majlis berkuasa tempatan jagaan pejabat Daerah.

Prosedur SUPP melihat calon sekiranya mereka sesuai dicalonkan semula dan masih menjadi keputusan Ketua Menteri sekiranya beliau berkenan.


Turut hadir Pemangku Residen Bahagian Kuching, Zamahari Saidi. - UB
Pelantikan Semula Ketua Masyarakat Bukan Berat Sebelah Pelantikan Semula Ketua Masyarakat Bukan Berat Sebelah Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek on December 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.