LIMBANG: Pemandu kenderaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Cawangan Limbang yang ditangkap menyeludup rokok baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara selama setahun semalam.
Difahamkan, beliau telah dihukum denda sebanyak B$120,800 atau dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Brunei namun, gagal membayar denda tersebut.
Lelaki yang berusia dalam 50-an dari Jalan Buangsiul di sini telah ditahan pihak Kastam Diraja Brunei di Kuala Lurah kerana disyaki cuba membawa masuk 350 karton rokok pelbagai jenama pada Isnin lepas.
Beliau dikatakan sedang dalam perjalanan dari Miri ke Limbang ditahan sekitar jam 11 pagi dalam satu pemeriksaan di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah, sempadan Brunei dan Tedungan, Limbang.
Dalam pemeriksaan itu, Kastam Diraja Brunei merampas sebanyak 350 karton rokok pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam kenderaan berkenaan. - Sarawakiana
Pemandu Kastam Seludup Rokok Di Sempadan Brunei-Sarawak Di Penjara Setahun
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 06, 2014
Rating:

No comments: