MARANELLO: Kereta Ferrari FXX K Baru akan membuat penampilan pertamanya kepada dunia di Yas Marina Circuit di Abu Dhabi hujung minggu ini.
Kereta-buatan-makmal yang berdasarkan model hibrid pertama Maranello dibangunkan dengan menggabungkan inovasi teknologi akan menjamin memberi pengalaman pemanduan yang belum pernah ke rasai oleh mana-mana pemandu.
Kereta ini dilengkapi dengan kuasa sebanyak 1,035hp (848hp menerusi enjin V12 konvensional dan 187hp oleh motor elektrik) dan tork maksimum melebihi 900 Nm.
Enjin V12 FXX K 6,262cc mempunyai camshafts baru dan deretan injap yang diubahsuai dengan tappets mekanikal yang bukannya hidraulik.
Dengan manigold pengambilan telah direka semula, system ekzos juga telah diubah suai tanpa penyerap bunyi. - Sarawakiana
Penampilan Unggul Ferrari FXX K
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 05, 2014
Rating:

No comments: