Kapten pesawat penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ke Lapangan Terbang Miri bertindak melencongkan perjalanan ke Bintulu selepas berdepan cuaca buruk.
Penerbangan MH2564 yang berlepas dari LTAK jam 12.35 tengah hari sepatutnya mendarat sejam kemudian di Lapangan Terbang Miri.
Kapten pesawat bagaimanapun memaklumkan kepada penumpang bahawa pesawat terpaksa dilencongkan ke Bintulu akibat cuaca buruk sebaik memasuki ruang udara Miri.
Antara penumpang yang difahamkan berada di dalam pesawat itu ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman yang dijadualkan menghadiri sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berkaitan kes rampasan syabu seberat 115.80 kilogram (kg).
Sehingga kini, pesawat telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Bintulu namun belum ada makluman dari pengurusan MAS mengenai perjadualan semula ke Miri.- BNBBC.my
Pesawat MAS dilencong ke Bintulu kerana cuaca buruk
Reviewed by Admin
on
December 05, 2014
Rating:

No comments: