KUCHING: Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Panglima 1 Divisyen daripada Mejar Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday yang akan bersara tidak lama lagi.
Pelantikan itu menjadi catatan sejarah buat negeri ini apabila tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di peringkat 1 Divisyen diterajui anak tempatan berbangsa Iban.
Panglima Pemerintahan Wilayah Timur Datuk Mohd Zaki Mokhtar menyaksikan pertukaran dokumen serah tugas di antara keduanya di Ibu Pejabat Pemerintahan 1 Divisyen di Kompleks Kem Muara Tuang di Kota Samarahan semalam.
Majlis itu diadakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan termasuk kawad daripada pelbagai unit tentera, pegawai kanan tentera dan bekas veteran ATM.
Bercakap kepada pemberita semalam, Mohd Zaki menyifatkan pelantikan Stephen itu sebagai sesuatu yang membanggakan kerana beliau adalah anak tempatan yang pertama berbangsa Iban yang memegang jawatan tertinggi dalam ATM setakat ini.
“Ini menunjukkan peluang yang sama turut diberikan kepada bangsa lain untuk menjadi panglima selari dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datu Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika mengucapkan tahniah atas pelantikan Stephen semalam.
Stephen, 56, telah berkhidmat dengan ATM selama 35 tahun dan berasal dari Kampung Melaban, Pakit, Sri Aman.
Beliau sendiri menyuarakan rasa senang dan bangga dilantik untuk meneruskan perkhidmatan dan berjasa kepada negeri tercinta.
Jelasnya, 1 Divisyen sudah mempunyai kekuatannya sendiri dan beliau sendiri hanya berhasrat untuk menaik taraf sedikit namun tidak mahu mendedahkannya dengan lebih lanjut. - UB
Stephen, Anak Iban Pertama Terajui 1 Divisyen
Reviewed by Salfian Nawawi
on
December 07, 2014
Rating:

No comments: