Seo Services

TERKINI: Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran "Datuk Seri" Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran "Datuk Seri" yang baginda anugerahkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim.

Menurut satu kenyataan dari Istana Selangor hari ini, anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniakan oleh Sultan Selangor pada tahun 1992 ditarik balik berkuatkuasa pada 3 November.

Kenyataan tersebut menyatakan, Sultan Sharafuddin Idris Shah menbuat keputusan tersebut setelah berunding dengan Majlis Diraja bulan lepas.

Setiausaha Sulit Sultan Datuk Mohamad Munir Bani berkata penarikan gelaran tersebut berdasarkan tindakan Anwar "yang berulang kali mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi diraja semasa krisis Menteri Besar baru-baru ini".

"Tindakan dan tingkah laku beliau tidak lagi menepati dia memegang gelaran," katanya. - Sarawakiana
TERKINI: Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran "Datuk Seri" Anwar Ibrahim TERKINI: Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran "Datuk Seri" Anwar Ibrahim Reviewed by Salfian Nawawi on December 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.