ENGKILILI: Projek pembangunan terutama di luar bandar negeri ini
akan dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya rakyat terus berdiri teguh di
belakang kerajaan yang diteraju oleh Barisan Nasional (BN).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong
Ngipa berkata, perubahan yang disaksikan di Sarawak ketika ini adalah hasil
sokongan padu rakyat.
Berikutan itu, beliau mengingatkan rakyat agar terus mengekalkan
semangat sedemikian.
“Maknanya, rakyat luar bandar masih memerlukan perhatian kerajaan
BN bagi tujuan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan yang mencakupi kemudahan
infrastruktur, perhubungan, pembekalan elektrik serta air bersih.
“Oleh itu, saya menasihatkan anda berilah sokongan padu
terutamanya pada calon BN yang akan mengibarkan bendera BN pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun 2016 nanti,” ujarnya.
Dr Rayong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis
Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Christina Nyambong Rembai, Lidong di sini
semalam.
Pada majlis itu, Dr Rayong memperuntukkan geran projek kecil luar
bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) Rumah Christina, Biro Wanita RM5,000 dan RM100,000 untuk membina
halaman rumah panjang tersebut.
Manakala, Serakup Indu Dayak Bangat Lidong menerika RM10,000.
Menurut Dr Rayong lagi, beliau bersedia bila-bila masa untuk turun
padang bagi menyelesaikan masalah rakyat terutama mereka yang tinggal di luar
bandar.
“Saya tidak suka menghantar wakil saya untuk mendengar masalah
rakyat. Atas sebab itu, saya sendiri menemui anda sekalian untuk terus mendapat
maklumat yang disampaikan oleh anda semua,” katanya. - UB
Teruskan Sokong Kerajaan
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
December 04, 2014
Rating:

No comments: