SARIKEI: Hasrat seorang lelaki untuk menyogok sejumlah wang kepada
anggota Polis Marin (PPM) Wilayah 5 membawa padah apabila ditahan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah kedai kopi dekat sini, petang
kelmarin.
Komandernya ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, anggotanya Lans
Koperal Fareq Jaafar berjumpa dengan suspek di sebuah kedai kopi setelah lokasi
dan waktu pertemuan diatur suspek.
“Suspek menawarkan RM30,000 sebagai ganjaran supaya tidak lagi
mengganggu operasi mereka. Bagaimanapun, anggota ini telah menolak tawaran
tersebut namun suspek terus mendesak.
“Sebagai bukti perundingan dan wang pendahuluan, suspek menyerah
wang berjumlah RM13,000 sebagai pendahuluan dan bakinya akan diserah
keesokannya, “ jelas beliau.
Wang itu sebagai sogokan melepaskan kayu balak dan kapal milik
suspek yang dirampas PPM Wilayah 5 kerana melakukan kesalahan di bawah Akta
Perhutanan.
Dalam tangkapan hujung minggu lalu di Sungai Rajang, Sarikei,
syarikat suspek gagal menunjukkan dokumen eksport dan kesalahan memiliki kayu
yang tidak dicop JH SFC.
Bagaimanapun, suspek ditahan SPRM sejurus selepas beredar dari
kedai kerana anggota terbabit turut menyertai operasi menahan suspek.
Suspek dibawa ke pejabat SPRM Sibu untuk tindakan lanjut. -
UB
Cuba Sogok RM30,000 Pemilik Kayu Balak Ditahan
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
December 04, 2014
Rating:

Cuba jelaskan kaum mana yg buat kerja jahat dan khianat ni?
ReplyDeleteAdakah kaum yg selama ini mendakwa bahawa kaum merekalah yg paling bijak dan pandai berniaga. Itu sebab kaum itu ramai yg jadi kaya.
Patutlah kaum itu mudah jadi kaya....
Macam-macam penipuan mereka lakukan....
Inilah kaum lanun dizaman modern....