Seo Services

Cuba Sogok RM30,000 Pemilik Kayu Balak Ditahan


SARIKEI: Hasrat seorang lelaki untuk menyogok sejumlah wang kepada anggota Polis Marin (PPM) Wilayah 5 membawa padah apabila ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah kedai kopi dekat sini, petang kelmarin.

Komandernya ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, anggotanya Lans Koperal Fareq Jaafar berjumpa dengan suspek di sebuah kedai kopi setelah lokasi dan waktu pertemuan diatur suspek.

“Suspek menawarkan RM30,000 sebagai ganjaran supaya tidak lagi mengganggu operasi mereka. Bagaimanapun, anggota ini telah menolak tawaran tersebut namun suspek terus mendesak.

“Sebagai bukti perundingan dan wang pendahuluan, suspek menyerah wang berjumlah RM13,000 sebagai pendahuluan dan bakinya akan diserah keesokannya, “ jelas beliau.

Wang itu sebagai sogokan melepaskan kayu balak dan kapal milik suspek yang dirampas PPM Wilayah 5 kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Perhutanan.

Dalam tangkapan hujung minggu lalu di Sungai Rajang, Sarikei, syarikat suspek gagal menunjukkan dokumen eksport dan kesalahan memiliki kayu yang tidak dicop JH SFC.

Bagaimanapun, suspek ditahan SPRM sejurus selepas beredar dari kedai kerana anggota terbabit turut menyertai operasi menahan suspek.


Suspek dibawa ke pejabat SPRM Sibu untuk tindakan lanjut. - UB
Cuba Sogok RM30,000 Pemilik Kayu Balak Ditahan Cuba Sogok RM30,000 Pemilik Kayu Balak Ditahan Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek on December 04, 2014 Rating: 5

1 comment:

  1. Cuba jelaskan kaum mana yg buat kerja jahat dan khianat ni?
    Adakah kaum yg selama ini mendakwa bahawa kaum merekalah yg paling bijak dan pandai berniaga. Itu sebab kaum itu ramai yg jadi kaya.
    Patutlah kaum itu mudah jadi kaya....
    Macam-macam penipuan mereka lakukan....
    Inilah kaum lanun dizaman modern....

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.