KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan penyeludupan 7,840 karton arak dianggarkan bernilai RM4.4 juta menggunakan sebuah kapal tangki, pada 2.5 batu nautika utara Tanjung Pengelih, Pengerang, semalam.
Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mustafa Kamal Abas berkata kapal tangki MT Aprili yang berdaftar di Mongolia itu dikesan anggota APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan Pengerang, pada 1 pagi.
"Pemeriksaan kemudian menemui sebanyak 7,840 karton pelbagai arak termasuk Royal Stag Whisky, Old Monk Rum, McDowells Green Label Whisky, Honey Bee Brandy, Duchess Vsop Brandy, Jack Daniels Black yang dianggarkan bernilai RM4.4 juta," katanya kepada pemberita.
Mustafa Kamal berkata kapal tersebut didapati dalam perjalanan dari Singapura ke Dumai, Indonesia dengan dokumen perjalanannya didaftarkan sebagai membawa minyak atau air bersih.
Beliau berkata dokumen bersama enam anak kapal itu yang kesemuanya warganegara Indonesia berusia antara 23 hingga 54 tahun kini dibawa ke Pejabat Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut. - RTM
Arak Seludup Bernilai RM4.4 Juta Dirampas
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 16, 2015
Rating:
No comments: