Seo Services

Banjir: AS Umum Bantuan Tambahan RM3 Juta


KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bantuan tambahan sebanyak RM3 juta bagi membantu mangsa banjir di kawasan pantai timur Malaysia.

Pejabat Kedutaan AS di Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, bantuan itu berbentuk barangan, program dan teknikal untuk memulihkan semula kawasan yang terjejas akibat banjir.

“Bantuan ini tambahan kepada bantuan sebanyak RM525,000 yang diumumkan pada 2 Januari lalu,” kata kenyataan itu hari ini.

Turut dimaklumkan, bantuan barangan termasuklah khemah dan pembiayaan untuk program air dan pembersihan.

Selain itu, pakar teknikal dari AS juga telah tiba di Malaysia untuk membantu Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan, manakala Jabatan Pertahanan AS turut meminjamkan jentera kargo kepada tentera Malaysia untuk mengangkut bahan-bahan bantuan.

“Kerajaan AS akan turut memberi bantuan jangka masa panjang untuk Malaysia bagi menghadapi masalah ribut dan banjir,” kata kenyataan itu lagi.

Kedutaan AS di Malaysia memaklumkan syarikat ExxonMobil, Coca-Cola, Mondelez, Pfizer, Johnson & Johnson, TBWA, HP, dan Smart Modular Technologies turut terlibat memberi sumbangan. – MYNEWSHUB.CC
Banjir: AS Umum Bantuan Tambahan RM3 Juta Banjir: AS Umum Bantuan Tambahan RM3 Juta Reviewed by Unknown on January 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.