Seo Services

Harga Tayar Jatuh Antara 10 Dan 15 Peratus


PETALING JAYA: Jika sudah sampai masanya untuk anda menukar tayar kereta, anda kini boleh tersenyum,

Ini kerana, harga tayar telah mengalami sedikit penurunan, dengan beberapa model yang diimport dan dijual dengan harga mahal juga kini mengalami penurunan harga.

Tidak ada sebab yang jelas dapat diberikan untuk keadaan ini, tetapi ramai pemilik kedai tayar menyatakan ia disebabkan kejatuhan harga getah dan cukai GST yang akan dikenakan terhadap barang itu.

Pemilik kedai tayar, Chin Wai Hong berkata harga tayar telah jatuh di antara 10 dan 15 peratus sejak September tahun lepas.



"Saya telah berada dalam industri ini selama 30 tahun dan tidak pernah mengalami sebarang penurunan besar ke atas harga tayar," katanya ketika ditemui di kedainya di Sea Park di sini, Khamis.

Katanya dia tidak berani menyimpan stok tayarnya dalam tempoh yang panjang disebabkan oleh penurunan harga.

"Saya tidak mahu membeli pada harga yang lebih tinggi dan menjualnya rendah. Sebab itulah saya menambah stok tayar apabila perlu, "katanya.

Pembantu di Kedai Tayar Hin Leong di Klang berkata persaingan semakin sengit di kalangan pengeluar tayar.

"Dari sekarang hingga Tahun Baru Cina, harga tayar akan turun. Saya menasihatkan mereka yang ingin mendapatkan satu set tayar mengambil kesempatan daripada harga yang lebih rendah sekarang, " tambahnya.

Lim Soo Guan, yang memiliki sebuah kedai tayar di USJ berkata harga tayar akan menyaksikan penurunan dengan pelaksanaan GST.

"Ramai yang membuat spekulasi bahawa duti import untuk tayar akan turun lagi bermula 1 April. Itulah sebabnya pengeluar cuba untuk menghabiskan stok mereka sekarang," katanya, sambil menambah dia terpaksa menjual sebahagian daripada stok tayarnya dalam kerugian disebabkan oleh kejatuhan harga.

Lim berkata sesetengah tayar import yang harganya lebih mahal, RM500 misalnya kini berharga kira-kira RM420.

Seorang pengurus peruncitan sebuah kedai tayar di SS2 juga berkata harga beberapa jenama tayar telah menurun, sambil berkata kadar penurunan bergantung kepada saiz dan tahun pengeluaran.

Pemandu Jason Ong berkata dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai penurunan harga apabila mahu menukar tayarnya di Hin Leong.

"Harga tayar pada umumnya adalah lebih murah di Klang. Saya ragu-ragu dan gembira apabila mendapat tahu harga tayar buatan Jepun Toyo C1S jauh lebih rendah," katanya. - mStar
Harga Tayar Jatuh Antara 10 Dan 15 Peratus Harga Tayar Jatuh Antara 10 Dan 15 Peratus Reviewed by JANUARIUS on January 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.