KUALA LUMPUR: Bekas Duta Besar Malaysia ke Peru, yang pernah menjadi tebusan Tupac Amaru di Lima pada 1996, Datuk Ahmad Mokhtar Selat meninggal dunia jam 7.30 malam semalam.
Mokhtar yang pernah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung Asean (2000-2003) dikatakan menderita penyakit barah dan jenazahnya akan dikebumikan di SS4B, Petaling Jaya hari ini.
Semasa berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Peru pada 1996, Mokhtar adalah salah seorang yang menjadi tebusan kepada kumpulan pemberontak Tupac Amaru di kediaman Duta Jepun di Lima.
Beliau juga pernah menjadi pengarah operasi untuk menyelamatkan rakyat Malaysia semasa Perang Teluk yang pertama.
Mokhtar juga pernah berkhidmat sebagai duta Malaysia ke beberapa negara seperti Indonesia, India, Korea Selatan, Kuwait, Venezuela, Amerika Syarikat dan Turki.
Beliau juga terkenal dengan bukunya yang bertajuk "Tebusan Tupac Amaru" yang diterbitkan pada tahun 1997.-BH
Bekas Duta Malaysia Ke Peru, Ahmad Mokhtar Selat Meninggal Dunia
Reviewed by Unknown
on
January 22, 2015
Rating:
No comments: