Seo Services

Dua Kali Jadi Mangsa Banjir, Dua Guru Dari Kelantan Tetap Reda Dan Positif


LIMBANG: Dua guru berasal dari Kelantan yang bertugas di sini terpaksa tabah menghadapi dugaan banjir sekali lagi, bak pisang berbuah dua kali di tempat mereka mencari rezeki.

Kelantan adalah negeri yang paling teruk dilanda banjir di pantai timur

Semenanjung dengan hampir 200,000 penduduk terpaksa dipindahkan akibat paras air naik ke tahap berbahaya dan ada kawasan terputus hubungan darat.

Ustazah Norwadihah Abdullah, 27, yang telah mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tedungan selama setahun mengakui masih belum dapat melupakan kejadian banjir yang memusnahkan kediaman keluarganya di Kota Baharu, Kelantan.

"Belum lagi reda di Kelantan kini saya terpaksa hadapi kejadian sama, saya reda dan menerima ini sebagai tanggungjawab sebagai pendidik dan yakin ada hikmah tersembunyi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Anak sulung daripada empat orang adik-beradik, Norwadihah berkata, setakat ini SK Tedungan belum lagi ditutup namun langkah berjaga-jaga telah diambil pihak sekolah.

"Semalam pengalaman pertama saya pergi ke sekolah menggunakan bot milik (Jabatan) Bomba dan Penyelamat manakala balik menggunakan bot polis marin kerana kebanyakan jalan ditenggalami air," katanya.

Bagi Ustazah Amira Shazwani, 28, yang telah bertugas selama lima tahun di SK Meritam walaupun masalah banjir di kediamannya di Kota Baharu tidak serius berbanding dengan rakan baiknya Norwadihah namun pengalaman sebagai sukarelawan semasa banjir di Kelantan pada tahun lepas membantu memahami emosi mangsa banjir.

"Kawasan kediaman ibu-bapa saya tidak teruk sangat dilanda banjir pada tahun lepas sebab kawasan tanah tinggi namun banjir bukan perkara baru bagi saya,sejak kecil dah alaminya tapi ini pertama kali saya melalui dua kejadian banjir dalam tempoh yang singkat melibatkan dua tempat berbeza," katanya.

Amira berkata, atas sebab keselamatan murid-murid SK Meritam tidak datang ke sekolah sejak semalam tetapi tenaga pengajar tetap datang bertugas seperti biasa.

"Saya tinggal di kuarters guru berhampiran dengan SK Meritam, paras air dah mula naik, bekalan eletrik terputus sejak semalam sekarang pakai lilin sahaja kalau ada tugasan perlu disiapkan dalam kuarters kami sekarang," katanya dengan tenang.- BERNAMA
Dua Kali Jadi Mangsa Banjir, Dua Guru Dari Kelantan Tetap Reda Dan Positif Dua Kali Jadi Mangsa Banjir, Dua Guru Dari Kelantan Tetap Reda Dan Positif Reviewed by Unknown on January 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.