KUALA LUMPUR : Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an ditahan polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.
Penyanyi itu yang berusia 43 tahun ditahan di Taman Keramat, Ampang kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi setelah pihak polis bertindak hasil maklumat dadah yang diperoleh.
Pemeriksaan di bilik penyanyi berkenaan kemudiannya, polis menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram yang terletak di atas tilam di bilik berkenaan.
Hasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morphine.
Penyanyi terbabit juga mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun yang diperoleh daripada seorang pengedar di sekitar Hulu Kelang.
Penyanyi terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - BH
Bekas Vokalis Kumpulan Popular 90-an Ditahan Disyaki Miliki Heroin
Reviewed by uMieySurianie
on
January 21, 2015
Rating:
No comments: