Sama tapi tak serupa! Umum ketahui China menghasilkan sejumlah besar barangan palsu. KFC menjadi OFC, Starbucks tukar jadi Sunbucks dan kira bermacam-macam lagi.
China terkenal dengan penghasilan beg tangan berjenama palsu, tetapi ada juga jenama dunia dipalsukan juga.
Tahun-tahun kebelakangan ini, pengeluaran barangan tiruan telah semakin meningkat dengan pesat dan Dewan Perdagangan Antarabangsa menjangka perdagangan antarabangsa barangan palsu untuk mencapai $1.7 trillion pada tahun 2015.
Setengah produk terang-terangan meniru produk asal manakala yang lain melakukan kesilapan dengan kesalahan ejaan.
Bukan itu sahaja, tahukah anda pertunjukan fesyen Victoria’s Secret ada versi China pada tiga tahun yang lalu.
Pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Chengdu memutuskan untuk mengadakan pertunjukan fesyen mereka sendiri sempena majlis tamat pengajian mereka, dan mereka sepakat untuk mengadakan pertunjukan Victoria’s Secret.
Menurut kepada wakil universiti, semua pakaian dan pakaian dalam telah “direka” oleh pelajar itu sendiri.
Jom tengok hasil seni pelajar fesyen ini.
Bila China Tiru Pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret
Reviewed by Unknown
on
January 21, 2015
Rating:
No comments: