Seo Services

Doktor Minta Kurangkan Lawatan Terhadap Nik Aziz


Nik Abduh

KOTA BHARU: Doktor yang merawat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta orang ramai supaya dapat mengurangkan lawatan bagi memberinya keselesaan untuk menjalani rawatan dengan lebih baik. Anaknya, Nik Mohamad Abduh berharap mereka yang tidak dapat melawat bapanya supaya tidak berkecil hati dan sabar menunggu hingga bapanya pulih sepenuhnya.

"Pihak doktor meminta supaya dikurangkan jumlah lawatan untuk memberi keselesaan kepadanya. Saluran pernafasan masih tidak boleh dipisahkan kerana ayahanda masih lemah tanpanya.

"Harapan kami sekeluarga, semua pihak tidak berkecil hati jika tidak mendapat keistimewaan (untuk melawat bapanya). Sihat nanti, anda semua adalah VIP kami Insya-Allah," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya malam tadi.

Nik Mohamad Abduh berkata, bapanya mengalami batuk selepas menerima kunjungan orang ramai, justeru pelawat hanya diizinkan untuk melihatnya dari luar bilik rawatan bagi mengelak jangkitan.

Beliau berkata, kesihatan bapanya lebih baik selepas mendapat rehat secukupnya.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke hospital Isnin lalu kerana kesihatannya merosot ketika berlaku banjir baru-baru ini, selain beliau menghidap kanser prostat.

Beliau adalah menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. -BERNAMA
Doktor Minta Kurangkan Lawatan Terhadap Nik Aziz Doktor Minta Kurangkan Lawatan Terhadap Nik Aziz Reviewed by Unknown on January 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.