![]() |
Lawatan oleh ADUN Pantai Damai Dr. Abdul Rahman Junaidi ke rumah mangsa. |
KUCHING: Lima beranak tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kediaman mereka telah musnah dalam kebakaran diKampung Rampangi disini pagi semalam.
Difahamkan mangsa, Mohamad @ Johny Abdullah yang kini tiada mempunyai pekerjaan tetap dan dua daripada anaknya yang masih bersekolah rendah kini menumpang berteduh di rumah bapanya yang berada tidak berapa jauh dari rumahnya yang terbakar itu.
Oleh yang demikan, satu talian khas dimana sesiapa sahaja dari pihak orang ramai, NGO dan badan korporat yang ingin menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa terus menghubungi Ketua Pergerakan Pemuda PBB Mardehi Mas di talian 016-8961473.
ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi semalam telah melawat tapak kebakaran juga menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa. - Sarawakiana
ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi semalam telah melawat tapak kebakaran juga menghulurkan sumbangan peribadi kepada mangsa. - Sarawakiana
Rumah Musnah Dijilat Api,Lima Beranak Tinggal Sehelai Sepinggang
Reviewed by Unknown
on
January 25, 2015
Rating:
No comments: