Kadar pembelanjaan akan dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion bagi mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun projek yang bersifat ekonomi rakyat akan tetap diteruskan.
Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.
"Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
"Projek-projek MRT jajaran kedua, LRT3 serta keretapi berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura akan diteruskan," katanya lagi.
Selain itu juga, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2015 akan ditangguhkan dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.
Perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesional akan dioptimumkan bagi menjimatkan RM1.6 bilion.
Turut akan dikaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan konsisten & rizab yang tinggi
Langkah berkenaan dijangka akan memberi penjimatan sebanyak RM3.2 bilion.
Kerajaan juga akan menjadual semula pembelian aset tidak kritikal seperti peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan RM300 juta.
Menurut Najib, pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakukan untuk merasionalisasi perbelanjaan negara bagi menghadapi landskap ekonomi dunia yang berubah.
Najib berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia sebanyak 60 peratus membawa implikasi kepada ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali.-Sarawakiana
Ekonomi Malaysia : Perbelanjaan Mengurus Dikurangkan RM5.5 Bilion
Reviewed by Unknown
on
January 20, 2015
Rating:
No comments: