Seo Services

Kastam Sabah Rampas 24kg Dadah Bernilai Hampir RM5 Juta


KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah methamphetamine bernilai RM4.9 juta berikutan penahanan dua individu di sebuah syarikat penghantaran barang di Tawau, Jumaat lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Janathan Kandok berkata dadah seberat 26 kilogram itu dirampas daripada suspek yang menuntut bungkusan itu di syarikat terbabit pada 3.45 petang.

"Dua individu lelaki yang berumur 54 dan 56 tahun ditahan ketika sedang memasukkan bungkusan itu ke dalam kenderaan," katanya dalam sidang media di Wisma Kastam, di sini Selasa.

Janathan berkata pihaknya membuat intipan selepas mendapati bungkusan itu mengandungi bahan terlarang yang dikesan melalui mesin pengimbas.

Beliau berkata suspek warga tempatan itu kini ditahan di bawah Seksyen 31B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, ini merupakan rampasan terbesar JKDM Sabah sejak 2012.

Sementara itu, Janathan berkata sejak 2012 hingga Januari tahun ini, sebanyak 13 kes tangkapan dadah direkodkan di negeri ini melibatkan nilai lebih RM10 juta.

Katanya, sebanyak 19 individu didakwa di mahkamah iaitu 10 warga tempatan dan sembilan warga asing.-BERNAMA
Kastam Sabah Rampas 24kg Dadah Bernilai Hampir RM5 Juta Kastam Sabah Rampas 24kg Dadah Bernilai Hampir RM5 Juta Reviewed by Unknown on January 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.