Seo Services

Ibu Gugur Kandungan Kerana Anak Sulung Ugut Bunuh Diri Jika Dapat Adik

Gambat hiasan
Seorang wanita berusia 44 tahun yang hamil dilapor menggugurkan kandungannya selepas anaknya berusia 13 tahun mengugut membunuh diri minggu lalu.

Menurut akhbar Wuhan Evening News, wanita itu, Xiao, dan suaminya, pemilik sebuah syarikat, mengambil keputusan untuk mendapatkan anak kedua selepas China melonggarkan dasar satu anak yang membolehkan pasangan untuk memiliki dua anak jika seorang daripada mereka anak tunggal.

“Selepas anak pertama kami Wen Wen mengetahui saya hamil, dia sering mengancam untuk terjun dari bangunan jika kami meneruskan rancangan untuk mempunyai anak kedua.

“Dia juga sering menghempaskan barang untuk melepaskan kemarahannya,” kata Xiao.

Wen Wen juga mengancam melarikan diri dari rumah, tidak menduduki peperiksaan kemasukan sekolah menengah dan cuba membunuh diri.

Selepas Xiao menyedari kesan torehan pada lengan anaknya itu, dia dan suaminya lebih berwaspada.

Kerana bimbang kehilangan anak pertama mereka, dia diiringi suaminya pergi ke hospital dan mengugurkan kandungannya yang sudah berusia 13 minggu. – Agensi
Ibu Gugur Kandungan Kerana Anak Sulung Ugut Bunuh Diri Jika Dapat Adik Ibu Gugur Kandungan Kerana Anak Sulung Ugut Bunuh Diri Jika Dapat Adik Reviewed by Unknown on January 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.