Seo Services

IS Humban Dua Gay




MOSUL: Dua tahanan militan Negara Islam (IS) maut akibat dihumban dari bumbung bangunan pada ketinggian kira-kira 30 meter selepas mereka menjalani kehidupan sebagai gay.

Rakaman video dan gambar kejadian ngeri itu turut dimuat naik menerusi internet oleh kumpulan pengganas itu.

Menerusi rakaman itu, kelihatan anggota IS bertopeng mengumumkan menggunakan mikrofon bahawa dua tahanan terbabit dalam perlakuan homoseksual dan perlu dihukum.

Sambil disaksikan orang awam, seorang demi seorang dihumban. Kedua-duanya mati di tempat kejadian.

Kejadian di bandar ke tiga terbesar di Iraq yang kini dikawal IS.

Sebelum ini, IS menyiarkan gambar dua mangsa diikat pada pergelangan tangan menggunakan dawai, sebelum militan bersenjata menembak mati kedua-duanya di kepala.

Seterusnya satu lagi video yang lebih menggemparkan di mana seorang wanita berpakaian jubah hitam diheret ke kawasan padang pasir. Wanita yang berulang kali merayu supaya dilepaskan bagaimanapun tidak dihiraukan militan itu.

Tindakan itu dikenakan terhadap wanita itu kerana melakukan kesalahan berzina.

Sebaik tiba di kawasan berpokok, pengganas itu melemparkan batu besar ke arah wanita itu dan rakaman terakhir menunjukkan badan wanita itu ditutup kain tarpal. - mStar
IS Humban Dua Gay IS Humban Dua Gay Reviewed by Salfian Nawawi on January 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.