Seo Services

Spesis Cacing Gergasi Ditemui Di Pergunungan Cardamom


Spesis amfibia gergasi menyerupai cacing tanah yang dikenali sebagai Ichthyophis Cardamomensis ditemui di kawasan terpencil Pergunungan Cardamom di Kemboja.

Spesis yang dipercayai kehilangan habitat ini boleh menjangkau 1.5 meter, tetapi ia bukan seekor ular.
|
Penemuan ini telah disahkan oleh ahli herpatologi (amfibia dan reptilia) Flora Dan Fauna Antarabangsa (FFI) Kemboja, Neang Thy awal bulan ini.

"Penemuan ini sangat penting dan membuktikan Kemboja mempunyai banyak lagi spesis tumbuhan dan haiwan yang tidak ditemui oleh ahli sains.

"Malah banyak lagi tempat perlu dikaji," jelasnya yang telah membuat kajian mengenai amfibia dan reptilia sejak 2003.

Spesis ini tergolong dalam keluarga 'caecilian'- menyerupai ular atau cacing tanah dan hidup di bawah tanah.

Pergunungan Cardamom merupakan kubu rejim Khmer Rouge suatu ketika dahulu, namun kini ia menjadi habitat pelbagai haiwan yang jarang ditemui termasuk gajah Asia.

Namun ia bakal pupus kerana berlakunya pencerobohan hutan tanpa kawalan. - mStar
Spesis Cacing Gergasi Ditemui Di Pergunungan Cardamom Spesis Cacing Gergasi Ditemui Di Pergunungan Cardamom Reviewed by Salfian Nawawi on January 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.