Seo Services

Isu Baju Kurung: Siasat Sebelum Tuding Jari - Nancy


SADONG JAYA: Semua pihak diminta agar bertenang dan menyiasat dengan teliti mengenai isu berkaitan murid bukan Islam yang dihalang guru masuk ke kelas kerana memakai baju kurung.

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri berkata, apa yang kita dengar baru-baru ini, mengenai isu pemakaian baju kurung yang telah diviralkan seolah-olah apa yang dilakukan memang "jahat".

"Tetapi kita harus menyiasat dari segala sudut dan saya berharap agar semua menyiasat terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada guru yang dikatakan terbabit didalam insiden tersebut."

Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian apabila ditanya Sarawakiana mengenai isu tersebut.

Beliau ditemui selepas menghadiri Mjlis Perasmian Program Kembali ke Sekolah dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di SK Iboi Pelandok, Sadong Jaya pagi tadi.

"Kita tidak tahu hal sebenarnya .. namun janganlah kita mudah terikut-ikut .. apabila kita sudah tahu hal sebenarnya dan ada kebenaran yang dilakukan oleh guru tersebut, kita ambil hal tersebut sebagai iktibar."

"Kita menjalankan tugas kita. Sebelum kita menunding jari ke arah orang lain, kita siasat dahulu," katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan terdapat banyak yang di sosial media yang seolah ada yang mengambil peluang lebih-lebih lagi apabila yang terlibat itu mempunyai rasa kecenderungan dan rasa simpati mereka terhadap pembangkang.

"Memang ini sahajalah dalam Facebook mereka .. banyak yang kita nampak. Kita tidak mahu mereka merebut peluang dengan peluang ini mengenakan kerajaan .. jadi siasatlah dahulu sebelum kita menyalahkan sesiapa," katanya lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan garis panduan berkaitan etika pakaian yang melarang pelajar perempuan bukan Islam memakai baju kurung.

“Jangan kenakan peraturan yang tidak disuruh (kementerian). Pemakaian baju kurung (oleh bukan Islam) amat digalakkan kerana ia adalah pakaian kebangsaan,” kata Muhyiddin lagi. - Sarawakiana
Isu Baju Kurung: Siasat Sebelum Tuding Jari - Nancy Isu Baju Kurung: Siasat Sebelum Tuding Jari - Nancy Reviewed by Salfian Nawawi on January 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.