SADONG JAYA: Tindakan barisan kabinet Sarawak di ketuai Ketua Menteri Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem menandatangani ikrar integriti baru-baru ini adalah satu langkah yang berani dalam membuktikan ketelusan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Hajah Nancy Shukri berkata, beliau percaya Sarawak pada hari ini telah menjadi negeri contoh kepada semua orang kerana keberanian Ketua Menteri yang memperkenalkan polisi lebih lagi dari segi integriti.
"Rakyat Sarawak seharusnya menyokong langkah ini dan saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang dipimpin oleh Ketua Menteri yang telah menunjukkan contoh yang cemerlang dan lagi baik."
"Beliau memulakan sesuatu yang baru dan baik untuk Sarawak dan Malaysia dengan mengarahkan kabinet Sarawak menandatangani ikrar tersebut," tambah Nancy lagi.
Nancy, yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata demikian kepada Sarawakiana selepas menghadiri Mjlis Perasmian Program Kembali ke Sekolah dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di SK Iboi Pelandok, Sadong Jaya pagi tadi.
Beliau menjelaskan, dengan menandatangani ikrar tersebut, setiap ahli kabinet Sarawak secara peribadi harus memberi komitmen yang begitu tinggi dan sentiasa berwaspada.
"Ini sepatutnya menjadi contoh untuk negeri-negeri lain namun begitu saya sebagai orang Sarawak, saya lebih menumpukan komitmen saya lebih kepada Sarawak,' katanya lagi.
"Walaupun kita menjadi contoh, biarlah kita sentiasa menjadi "humble" (rendah diri) .. apa yang kita lakukan biarlah orang lain yang melihat .. dengan apa yang kita amalkan, "you have to walk the talk" sebenarnya," katanya sambil berharap agar negeri-negeri lain juga akan mengikuti jejak langkah Sarawak.
Pada hari Khamis lepas, barisan kabinet Sarawak yang diketuai Ketua Menteri menjadi kerajaan negeri pertama di Malaysia, yang menandatangani ikrar integriti.
Ikrar integriti, merupakan langkah pertama dalam menangani gejala rasuah selain menunjukkan ketelusan kerajaan negeri bagi memastikan Sarawak ditadbir secara ikhlas dan jujur untuk rakyat negeri ini.
Ianya bukan sekadar pertunjukkan dan pihak yang mempersoalkan dan sinis, diminta agar tidak terlalu cepat menilai usaha murni kerajaan ini.
Sebagai permulaan ikrar, barisan kabinet negeri perlu membuat pengisytiharan harta kepada ketua menteri secepat mungkin dan ketua menteri sendiri telah mengisytiharkan hartanya kepada perdana menteri.
Majlis bacaan dan menandatangani Ikrar intgeriti diketuai Ketua Menteri, semua menteri dan menteri muda kabinet negeri Sarawak (kecuali Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, yang berada di luar negara) di saksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Haji Mustafar Haji Ali. - Sarawakiana
Ikrar Integriti Kerajaan Sarawak Harus Dicontohi
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 17, 2015
Rating:
No comments: