Seo Services

Kerajaan Bakal Lancar Projek Rumah Mangsa Banjir 29 Januari Ini

Banjir yang melanda di Kuala Krai menyebabkan sebahagian penduduk kehilangan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijadual melancarkan projek pembinaan rumah baharu bagi mangsa banjir yang layak di Kuala Krai, Kelantan pada 29 Januari ini,kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedang merumuskan reka bentuk rumah baharu itu yang akan menjadi contoh untuk disediakan kepada mangsa banjir yang kehilangan kediaman mereka.

"Kita sedang merumuskan bentuk rumah baharu ini dan Insya-Allah pada 29 haribulan ini nanti, saya dijadual melancarkan program pembinaan rumah di Kuala Krai, Kelantan sebagai contoh rumah pertama dalam bentuk baharu yang kita akan laksanakan nanti," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Soal Jawab terbitan TV3 di sini, Rabu malam.

Beliau berkata keadaan banjir yang menimpa negeri-negeri khususnya di Pantai Timur kali ini begitu serius dan amat membebankan rakyat.

"Saya berasa sedih bila saya turun melawat kawasan-kawasan yang dilanda musibah banjir, pada kali ini lebih dahsyat daripada yang pernah saya lihat sebelum ini.

"Justeru, kerajaan akan mengambil langkah-langkah membantu mangsa-mangsa banjir sama ada dari segi wang tunai, kita dah umumkan kadarnya tapi lebih daripada itu mereka memerlukan (iaitu) kalau rumah mereka dah musnah sama sekali, kita akan bina rumah baharu untuk mereka," katanya.

Najib berkata bencana banjir itu telah menyebabkan kerosakan infrastruktur termasuk sekolah, hospital, masjid, jambatan dan balai raya dengan kerugian yang besar mencecah RM2.9 bilion.

Dalam temu bual itu, Perdana Menteri turut mengiktiraf bantuan yang dihulurkan sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan orang perseorangan dalam meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.-mStar
Kerajaan Bakal Lancar Projek Rumah Mangsa Banjir 29 Januari Ini Kerajaan Bakal Lancar Projek Rumah Mangsa Banjir 29 Januari Ini Reviewed by Unknown on January 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.