Seo Services

Program Psikososial Akan Diperkasakan Di Pusat Pemindahan Banjir



Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memperhalusi dan perkasakan program-program psikologikal di pusat-pusat pemindahan banjir di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim berkata, aspek emosi mangsa banjir juga perlu dititikberatkan.

"Sehubungan itu, KPWKM akan memperhalusi program-program dan aktiviti-aktiviti Psikososial di bawah kelolaan kaunselor mengikut usia dan jantina seperti aktiviti melukis dan mewarna bagi kanak-kanak dan kelas memasak bagi para wanita di pusat pemindahan banjir."

“Kami bukan hanya meninjau keadaan mangsa secara dekat, malah juga melihat kesesuaian pusat pemindahan, program-program dan aktiviti yang kami boleh rangka untuk memastikan mangsa-mangsa tidak memikirkan bencana dan musibah yang mereka alami," katanya lagi.

Keadaan emosi dan psikologikal mangsa-mangsa banjir berada di tahap yang stabil bagi mengelakkan kejadian-kejadian buruk yang mungkin disebabkan oleh depressi.

Rohani memuji Kerajaan Negeri, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, badan-badan bukan kerajaan dan pihak-pihak berkaitan dalam pengurusan ketika berdepan dengan bencana banjir di Sarawak.

Beliau berkata tinjauan ini membolehkan pengurusan tertinggi KPWKM mendengar pendapat mangsa-mangsa banjir secara terus mengenai kemudahan pusat pemindahan dan penambahbaikkan yang boleh dilaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam pengurusan banjir perlu ditambah baik seperti yang digunapakai kerajaan negeri Terengganu dalam menghadapi bencana banjir baru-baru ini.

Antara pusat-pusat pemindahan mangsa banjir yang dilawati Rohani pagi tadi adalah di Kampung Pinang, Kampung Nangka, Kampung Entingan, SK Endap (dalam kawasan Kota Samarahan), Dewan Masyarakat Serian, Kampung Hulu, Kampung Hilir, Kampung Lintang dan Kampung Slabi (dalam kawasan Serian).

Ketika melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Serian yang dibawah Kawasan Tanggungjawab Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Rohani telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti tilam, tuala, selimut dan makanan kepada penduduk yang terjejas banjir di situ.

Diiringi oleh Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 RRD Mejar Anuar Ahmad, Rohani sempat membantu bersama menghidangkan makanan yang disediakan kepada penduduk yang terjejas banjir.

Penglibatan Anggota Batalion Ke-10 RRD di semua Pusat Pemindahan di Serian seramai dua pegawai dan 60 lain-lain pangkat yang diketuai oleh Kapten Mohd Imran Harun.

Rohani, yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar dijadualkan akan mengadakan tinjauan di Batang Lupar bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sabariah Hassan dan Pengurusan Tertinggi KPWKM. - Sarawakiana
Program Psikososial Akan Diperkasakan Di Pusat Pemindahan Banjir Program Psikososial Akan Diperkasakan Di Pusat Pemindahan Banjir Reviewed by Salfian Nawawi on January 21, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.