Laporan terkini situasi banjir negeri Sarawak setakat jam 4 petang hari ini menunjukkan penurunan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh negeri ini.
Bebanding dengan bilangan lebih dari 10,000 orang dicatat semalam, hanya 6,249 orang daripada 1,437 keluarga yang masih ditempatkan di 37 pusat pemindahan.
Negeri Sarawak mempunyai 11 bahagian dan sehingga hari ini, 4 bahagian terjejas banjir iaitu Kuching, Samarahan, Mukah dan Limbang.
Bahagian Kuching - Kampung Sungai Tengah - 24 keluarga/63 mangsa, Kampung Batu Kitang - 5 keluarga/81 mangsa, Rantau Panjang - 27 mangsa, Kampung Sinar Budi Lama - 38 keluarga/197 mangsa, Kampung Sinar Budi Baru - 44 mangsa, Kampung Astana Lot - 11 keluarga/42 mangsa, Lorong 17/15 Desa Wira - 36 keluarga/442 mangsa, Tupong - 101 keluarga/367 mangsa, Kampung Bratan - 37 keluarga/183 mangsa, Mambong -20 keluarga/38 mangsa, Kampung Segedup - 20 keluarga/97 mangsa, Pasar Batu Kawa - 36 keluarga/108 mangsa, Kampung Simpok - 335 mangsa, Kampung Selapit - 5 keluarga/20 mangsa, Kampung Sejijak - 8 keluarga/30 mangsa, Kampung Paroh - 140 keluarga/578 mangsa, Kampung Bintawa - 33 keluarga/132 mangsa, Kampung Kranji - 4 keluarga/30 mangsa, Kampung Kudei - 150 keluarga/539 mangsa dan Kampung Sungai Maong - 20 mangsa.
Sebanyak 20 pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 668 keluarga dan 3,373 mangsa di Bahagian Kuching.
Bahagian Samarahan - Kampung Nangka - 87 keluarga/350 mangsa, Kampung Entingan - 23 keluarga/101 mangsa, Kampung Endap - 98 keluarga/402 mangsa, Simunjan Tebang - 17 keluarga/58 mangsa, Kampung Ulu, Kampung Hilir, Kampung - 78 keluarga/270 mangsa, Kampung Tanah Putih - 18 keluarga/66 mangsa, Kampung Tanjung Bundong Lot Fasa 3, Kampung Sindang - 18 keluarga/107 mangsa, Kampung Pinang - 19 keluarga/63 mangsa, Kampung Rimba Padi - 21 keluarga/73 mangsa, Kampung Koran - 12 keluarga/48 mangsa dan Slabi Entukuh - 11 keluarga/60 mangsa.
Sebanyak 11 pusat pemindahan melibatkan 402 keluarga dgn 1598 mangsa di Bahagian Samarahan.
Bahagian Mukah - Bawang Matu, Kampung Tian, Kampung Cina Pasar Lama, Kampung Sekaan Besar, Kampung Sekaan Kecil - 10 keluarga/34 mangsa.
Hanya satu pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 10 keluarga dan 34 mangsa di Bahagian Mukah.
Bahagian Limbang - Kampung Hujung Jalan Mendamit - 143 keluarga/593 mangsa, Kampung Bidang Batu Danau - 110 keluarga/339 mangsa, Kampung Merasam, Kampung Meritam, Kampung Telahak, Kampung Lubok Tekurok - 5 keluarga/25 mangsa, Kampung Tanjung, Kampung Rangu, Kampung Buluh Baloi - 59 keluarga/132 mangsa, Kampung Lumut, Kampung Siang Siang, Kampung Banganga, Kampung Seberang, Kampung Gelapas dan Kampung Tanjung - 40 keluarga/155 mangsa.
Sebanyak lima pusat pemindahan masih dibuka melibatkan 357 keluarga dan 1,244 mangsa. - Sarawakiana
Terkini: Jumlah Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Di Sarawak Berkurangan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 21, 2015
Rating:
No comments: