Seo Services

Kuching Dan Samarahan Dilanda Banjir Kilat


 


Beberapa kawasan di Kuching dan Samarahan dilanda banjir kilat akibat hujan lebat yang yang tiada hentinya dari semalam.

Menurut sumber-sumber Sarawakiana, kawasan yang terbabit termasuk Taman Duranda, Batu 18, Jalan Kuching/Serian, Kampung Kuap, Batu 10, Kuching, kawasan Siburan, Unisquare Samarahan dan Kampung Sindang, Samarahan.

Difahamkan, di sesetengah kawasan tersebut, paras air telak naik dari paras lutut sehingga satu meter tinggi.

Sehingga berita ini di tulis, belum diketahui samada arahan berpindah telah dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa kepada penduduk yang berada di kawasan terjejas. - Sarawakiana
Kuching Dan Samarahan Dilanda Banjir Kilat Kuching Dan Samarahan Dilanda Banjir Kilat Reviewed by Salfian Nawawi on January 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.