Seo Services

Remaja Dikuatiri Hilang Bot Karam Di Mukah Dikenal Pasti


MUKAH: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas perahu tambang dinaikinya karam di Sungai Mukah kira-kira jam 6 pagi tadi dikenal pasti sebagai Atikah Rosli, berasal dari Kampung Tanjung, di sini.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berusia 17 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya mini di pusat bandar.

Sehingga jam 1 petang tadi, mangsa masih belum ditemui dan gerakan mencari sedang giat dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Sementara itu, empat mangsa yang terselamat, termasuk pemilik perahu berkenaan dikenal pasti sebagai Hipni Majedi, 36; Jali Ghani, 36; Eliyana Wahida, 15, dan Siti Hawa Bujang, 47.

Sumber memberitahu BH, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengalami kesukaran berikutan arus deras, selain hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi, dengan beberapa kawasan rendah di sekitar kawasan ini turut ditenggelami banjir.

"Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian," katanya.

Katanya, siasatan juga sedang dijalankan sama ada kesemua penumpang terbabit memakai jaket keselamatan atau tidak ketika kejadian. -BH
Remaja Dikuatiri Hilang Bot Karam Di Mukah Dikenal Pasti Remaja Dikuatiri Hilang Bot Karam Di Mukah Dikenal Pasti Reviewed by uMieySurianie on January 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.