Seo Services

Larangan Menggunakan Baju Kurung Bukan Daripada Kementerian


KUALA LUMPUR: Arahan melarang pelajar perempuan bukan beragama Islam memakai baju kurung ke sekolah adalah tidak selari dengan dasar Kementerian Pendidikan dalam soal pemupukan perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata pentadbiran sekolah berkenaan tidak sepatutnya membuat peraturan seperti itu kerana dikhuatiri akan menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Tak ada arahan dikeluarkan oleh kementerian kepada mana-mana pihak pentadbiran sekolah untuk sekat atau halang pelajar bukan Islam untuk pakai baju kurung.

“Tetapi ada sesetengah sekolah mempunyai aturan dia sendiri. Saya fikir itu tidak betul, dan kementerian akan minta sekolah berkenaan untuk betulkan semula kerana ia dikhuatiri akan menimbul tanggapan bersifat perkauman,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas melancarkan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru di sini semalam.

Muhyiddin mengulas laporan media berkaitan dakwaan seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah di sini kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu.

Dalam laporan media sebelum ini, lelaki itu mendakwa beliau telah dimaklumkan oleh pihak sekolah terbabit bahawa hanya pelajar Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung manakala bagi bukan Melayu tidak dibenarkan. — Bernama
Larangan Menggunakan Baju Kurung Bukan Daripada Kementerian Larangan Menggunakan Baju Kurung Bukan Daripada Kementerian Reviewed by uMieySurianie on January 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.