MADRID: Fernando Torres
menyumbat gol pertamanya untuk Atletico Madrid bagi membantu juara La Liga
Sepanyol itu mengetepikan penyandang juara Copa del Ray, Real Madrid di
Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Real tersingkir selepas
Atletico menang dengan agregat 4-2 selepas seri 2-2 dalam pertemuan kedua
timbal balas, pagi tadi.
Pada pertemuan pertama
minggu lalu, Atletico menang 2-0.
Torres meledak pada
minit pertama selepas mendapat hantaran Antoine Griezmann untuk memperoleh
kelebihan gol di tempat lawan.
Real bangkit menerusi
jaringan Sergio Ramos pada minit ke-20 namun sekali lagi Torres merobek jaring
tuan rumah menerusi golnya pada minit ke-46.
Pemenang kali ketiga
Anugerah Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo pula memastikan pasukan tuan rumah
tidak diaibkan menerusi jaringan penyamaan pada minit ke-54.
Atletico akan bertemu
Barcelona pada suku akhir selepas skuad Catalan itu menang bergaya agregat 9-0
mengatasi Elche selepas menang 4-0 pada pertemuan kedua, awal pagi tadi.
Gol Barca menerusi
Jeremy Mathieu, Sergi Roberto, Pedro Rodriguez dan Adriano. - AFP
Real Tersingkir Selepas Atletico Menang Dengan Agregat 4-2
Reviewed by JANUARIUS
on
January 16, 2015
Rating:
No comments: