Setakat jam 9.50 malam tadi, lebih dari 1,407 mangsa (334 keluarga) dari 14 kampung dilanda musibah banjir di beberapa kawasan di Kuching telah dipindahkan ke pusat pemindahan.
Maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Negeri Sarawak menyatakan kampung-kampung yang terjejas adalah; Kampung Simpok, Kampung Tengah Sungai, Kampung Bawang, Kampung Batu Kitang, Kampung Kerumboi (Siburan), Kampung Sinjok (Siburan), Giam Baru, Kampung Mundai, Rantau Panjang, Landeh, Beradek, Maang (Padawan), Astana lot (Depan Pawada) dan Kampung Jambu.
Mangsa-mangsa banjir telah di tempatkan di pusat pemindahan di SK St. Peter, SJK Chung Hua, Gereja Kampung Bawang, Dewan Serbaguna Batu Lintang Raya, Balairaya Kampung Kerumboi, Balai Raya Kampung Mundai, Kedai tepi Jambatan Batu Kawa, Surau Kampung Landeh, SK Beradek, Balairaya Kampung Maang, Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Balairaya Kampung Jambu dan rumah-rumah saudara-mara mangsa. - Sarawakiana
Lebih 1,400 Mangsa Banjir Di Kuching Dipindahkan Ke Pusat Pemindahan
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 18, 2015
Rating:
No comments: