KUCHING: Seorang lelaki berusia 25-tahun yang disyaki menyamar menjadi polis untuk kegiatan jenayah dicekup oleh sepasukan Cegah Jenayah dari Balai Polis Sentral di Kuching pagi tadi.
Tangkapan di buat bertindak atas maklumat orang ramai, pasukan polis tersebut yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Sentral ASP Ricky Poh.
Suspek yang berasal dari Kampung Tengah Meludam, Sebuyau ditangkap di hadapan kedai makan Kuching India Muslim League di Jalan Gertak lebih kurang jam 10 pagi.
Pemeriksaan polis didalam sebuah bilik hotel dimana suspek sedang menginap menemui satu helai baju-tee yang berlogo polis, satu helai seluar operasi polis, satu tali pinggang berlogo polis dan sepasang kasut operasi polis.
Polis juga telah merampas satu dompet yang mengandungi empat kartu pengenalan warga Indonesia dan sebuah motosikal milik suspek.
Suspek ditahan di bawah Seksyen 170 Kanun Kesiksaan dan dijangka akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat untuk mendapat tahan reman untuk membantu siasatan. - Sarawakiana
Lelaki Menyamar Polis Untuk Aktiviti Jenayah Dicekup Di Kuching
Reviewed by Salfian Nawawi
on
January 16, 2015
Rating:
memang terbaek.
ReplyDelete