Majlis perkahwinan sememangnya adalah suatu peristiwa yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin. Namun, apakah perasaan anda apabila band terkenal, pujaan ramai tiba-tiba membuat kejutan di majlis perkahwinan anda? Mungkinkah anda menjerit, menangis ataupun pengsan kerana terlalu teruja?
Apapun, itulah yang dilakukan oleh kumpulan Maroon 5 menerusi video muzik terbaru mereka, Sugar yang dimuatnaik di laman YouTube, pada Rabu.
“Kami akan memandu merentasi Los Angeles dan ‘memecah masuk’ ke setiap majlis perkahwinan yang kami temui,” kata vokalisnya, Adam Levine pada permulaan video tersebut.
Setiap majlis perkahwinan yang mereka singgah dan membuat kejutan itu menerima pelbagai aksi random daripada pengantin sendiri dan juga para tetamu.
Ada yang merasa sangat teruja dengan penampilan Maroon 5, ada yang sama-sama menari dan ada juga yang seperti tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.
“Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa. Saya tidak tahu saya akan tersentuh dengan reaksi hangat yang kami terima daripada pasangan dan tetamu.
Mampu untuk mewujudkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk beberapa orang adalah kemuncak segala-galanya,” tambah Adam.
Menurut jurucakap kumpulan itu, semua pengantin lelaki sudah mengetahui kejutan tersebut, namun tidak bagi pengantin perempuan menyebabkan mereka amat terkejut bila melihat kemunculan Maroon 5.
Biarpun ada cakap-cakap mengatakan sesetengah majlis sudah dirancang dan hanyalah lakonan semata-mata, namun ia tetap sebuah video muzik yang sangat menarik.
Maroon 5 Buat Kejutan Untuk Pengantin Demi Video Muzik Sugar
Reviewed by Unknown
on
January 16, 2015
Rating:
No comments: