Seo Services

Litar Pintas Mencaj Talipon Bimbit Dipercayai Punca Rumah Terbakar



Sebuah rumah dua tingkat di Perumahan KKB, Jalan Taman Klasik, Lawas terbakar semalam.

Menurut sumber Sarawakiana, kejadian berlaku lebh kurang jam 9 pagi.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Lawas yang di anggotai oleh 17 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 9:56 pagi.

Akibat tekanan air yang rendah, kebakaran hanya dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya hampir dua jam kemudian.

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca dari lintar pintas didalam salah satu daripada bilik tidur rumah tersebut di mana dikatakan terdapat aktiviti mencaj talipon bimbit dilakukan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pihak berkuasa masih menyiasat kes tersebut. - Sarawakiana
Litar Pintas Mencaj Talipon Bimbit Dipercayai Punca Rumah Terbakar Litar Pintas Mencaj Talipon Bimbit Dipercayai Punca Rumah Terbakar Reviewed by Salfian Nawawi on January 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.